Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi

Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi

AKSI gimnas negara ketika membuat persembahan dalam acara gimrama berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Tidak lama selepas mengungguli kedudukan 1-2 dalam saingan all-around individu Sukan SEA 2021, atlet gimnastik berirama (gimrama) memenuhi janji mereka untuk mempertahankan pingat emas dalam saingan berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan pasukan gimmastik negara kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada gimmastik artistik dan  dua dalam gimrama.

Skuad negara yang dibarisi Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung nyata tidak menghadapi masalah mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019 apabila mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola(23.050).

Sementara itu, perak dimenangi, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih tuan rumah, Vietnam (37.800).

Bagi jurulatih gimmastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.

“Sudah pastinya gembira apabila berjaya mencapai sasaran dan menghadiahkan emas buat Malaysia biarpun berdepan cabaran sengit daripada pasukan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Pada temasya dwitahunan edisi 2019, Malaysia muncul juara keseluruhan sukan gimnastik dengan memperoleh sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa manakala Vietnam di tangga kedua, enam emas, dua perak dan tujuh gangsa.

Filipina di kedudukan ketiga dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.

Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan, dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.