Hadi Fayyadh tidak serik ambil sepakan penalti

Hadi Fayyadh tidak serik ambil sepakan penalti

Hadi Fayyadh
HADI Fayyadh kecewa selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang Indonesia, Ahad lalu. - UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang skuad bawah 23 tahun negara (B-23), Hadi Fayyadh tidak sesekali serik untuk mengambil sepakan penalti seandainya diberikan tanggungjawab tersebut.

Berkelana bersama kelab Jepun, Azul Claro, Hadi Fayyadh berkata, sebagai penyerang sudah pastinya dia dahagakan jaringan dalam setiap perlawanan.

“Sudah semestinya saya mahu mengambil sepakan penalti, saya mahukan gol. Sebagai penyerang saya dahagakan jaringan, jadi jika ada penalti saya akan menjadi orang pertama untuk mengambilnya.

“Dalam bola sepak ini biasa, penalti kadang-kadang masuk dan tak masuk dan memang ikutkan nasib, yang penting kita cuba, insya-Allah masa hadapan akan cuba yang terbaik,” katanya.

Penentuan

Pada aksi penentuan pingat gangsa di Sukan SEA Hanoi, Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit.

Selain Hadi Fayyadh yang gagal menyempurnakan sepakan penalti. Seorang lagi pemain yang berkelana di luar negara, Luqman Hakim dari kelab KV Kortrijk turut menerima nasib yang sama.

Dia mengakui masih banyak perlu dilakukan walaupun berjaya meledak tiga gol pada penampilan di Sukan SEA ke31.

“Secara jujurnya saya belum berpuas hati dengan persembahan, beraksi pada enam perlawanan dan menjaringkan tiga gol masih banyak perlu dipelajari dan diperbaiki.

“Saya akan terus berusaha dan memperbaiki kekurangan pada masa akan datang,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.