fbpx

Empat pelari negara layak ke final 200 meter

AKSI Jonathan Nyepa di peringkat saringan acara 200 meter pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Empat atlet negara menampilkan larian baik di peringkat saringan sebentar tadi untuk melangkah ke perlumbaan akhir acara 200 meter (m) pada pertama acara olahraga Sukan SEA 2021 hari ini.

Jonathan Nyepa dan Muhammad Arsyad Md. Saat turut mempamer larian bertenaga dalam saingan lelaki. Perlumbaan akhir akan berlangsung pada 4.35 petang nanti.

Jonathan mengakui dia tidak memberikan 100 peratus dan simpan tenaga untuk aksi final dalam melengkapkan misi untuk memburu pingat pada temasya dwitahunan tersebut.

“Pada sesi saringan saya hanya mahu layak ke final. Secara keseluruhan baik dan permukaan trek juga baik.

“Saya akan berikan 100 peratus pada aksi final nanti untuk memburu podium,” katanya yang menamatkan saringan dengan catatan 21.25 saat.

MUHAMMAD Arsyad Md. Saat ketika beraksi di peringkat saringan acara 200 meter pada Sukan SEA 2021 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON

Sementara itu, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Siti Fatimah Mohamad tidak berdepan masalah untuk mara ke final wanita selepas menamatkan saringan masing-masing di tempat ketiga.

Kedua-duanya tekad membutirkan pingat dalam aksi final yang dijangka berlangsung pada pukul 5.15 petang ini (waktu Malaysia). – UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI