'DNA' Korea jadi tumpuan malam ini

‘DNA’ Korea jadi tumpuan di Bukit Jalil malam ini

harimau malaya
SELEPAS dua tahun setengah tidak beraksi di laman sendiri, pemain Harimau Malaya tidak sabar untuk ‘menghiburkan’ ribuan penyokong mereka apabila menentang Brunei dalam perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ada dua elemen yang menjadikan pertemuan Malaysia menentang Brunei malam ini amat mengujakan peminat bola sepak tempatan.

Selain menjadikan perlawanan itu sebagai persiapan menghadapi pusingan ketiga, Kelayakan Piala Asia 2023 bulan depan, ini kali pertama jurulatih dari Korea Selatan, Kim Pan-gon mempertontonkan sentuhannya di laman sendiri.

Ini juga kali pertama, ribuan penyokong berpeluang memenuhi ‘rumah’ Harimau Malaya, Stadium Nasional, Bukit Jalil yang ditutup buat mereka sejak pandemik Covid-19 menyerang dunia, dua tahun setengah yang lalu.

Sejak mengambil alih Harimau Malaya daripada Tan Cheng Hoe pada Februari lalu, Pan-gon telah membawa skuad kebangsaan mengharungi tiga perlawanan persahabatan di Singapura, Mac lalu.

Skuad negara menang 2-0 ke atas Filipina, tewas 1-2 di tangan tuan rumah dan menang 3-0 menentang kelab Albirex Niigata. Selepas tiga bulan melatih Malaysia, menonton sebanyak mungkin aksi Liga Super dan lebih memahami pemain negara,

Pan-gon berkata, dia sedia mengeluarkan ‘senjata baharu’ yang dimiliki Harimau Malaya berdepan Brunei nanti.

“Saya harapkan esok kita akan dapat menunjukkan senjata rahsia yang kami rencanakan tetapi harus diingat tiada apa yang sempurna.

“Pemain masih perlu bekerja keras dan kami cukup teruja untuk menentang Brunei,” katanya, yang tidak sabar hendak ‘berjumpa’ penyokong Malaysia di Bukit Jalil buat kali pertama.

Selepas menentang Brunei (ranking 191 dunia), Malaysia akan bertemu Hong Kong (147) dalam aksi persahabatan Tier 1 kedua,
Rabu ini.

Harimau Malaya yang berada di ranking ke-154 diletak dalam Kumpulan E bersama Bahrain (89), Turkmenistan (134) dan Bangladesh (197) pada Kelayakan Piala Asia 2023.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya