‘Cuma datang beraya, bukan dirisik Perak’

‘Cuma datang beraya, bukan dirisik Perak FC’

KEHADIRAN Tan Cheng Hoe (dua, kiri) pada Rumah Terbuka Hari Raya XOX Berhad, di Kuala Lumpur kelmarin mencetuskan tanda tanya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pe­ngendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan beliau dirisik pengurusan Perak FC untuk menjadi ketua jurulatih baharu Bos Gaurus bagi mengharungi baki kempen ­Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Nama Cheng Hoe mula meniti dibibir peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong The Bos Gaurus selepas dia dilihat menghadiri majlis sambutan rumah terbuka Hari Raya XOX Berhad, di Kuala Lumpur petang, semalam.

Mengesahkan kehadirannya pada majlis berkenaan, pengendali berusia berusia 54 tahun itu memaklumkan kehadirannya sekadar untuk beraya.

TAN CHENG HOE

“Tiada apa-apa. Cuma datang untuk meraikan sambutan hari raya sahaja,” jelasnya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini khabar angin turut bertiup kencang di ne­geri Hang Tuah selepas Cheng Hoe turut dikaitkan dengan membimbing Melaka United susulan penamatkan kontrak Risto Vidakovic.

Cheng Hoe sebelum ini pernah membimbing skuad Helang Merah pada 2014 hingga 2017 dan membantu pasukan itu menjua­rai trofi Liga Perdana, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Begitupun Cheng Hoe yang dianggap sebagai salah seorang jurulatih berpengaruh di Malaysia selepas menjadi pe­ngendali Harimau Malaya sejak 2018 sebelum meletakkan jawatan Januari lalu selepas prestasi hambar pasukan pada kempen Piala AFF 2020 di Singapura. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya