PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersetuju melantik Izzam Ibrahim dan Mohd. Yusop Majid masing-masing sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis dan Terengganu.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kedua-dua pelantikan itu berkuat kuasa mulai 3 September lalu.
Menurut Mohamed Azmin dalam kenyataan, Izzam yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Padang Besar dilantik menerajui Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis.
Sementara itu, Mohd. Yusop yang merupakan Ketua Bahagian Bersatu Setiu pula diberi tanggungjawab mengetuai Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu.
“Berdasarkan pengalaman luas dalam politik dan pentadbiran awam, Bersatu yakin Izzam Ibrahim dan Mohd. Yusop Majid akan menyumbang idea yang segar dan perancangan strategik.
“Ia bagi memperkukuhkan perjuangan Bersatu yang inklusif, progresif dan cakna rakyat,” katanya. – UTUSAN










