Bina badan sumbang dua pingat

Bina badan sumbang dua pingat

AZRI Asmat Safri memenangi pingat perak dalam kategori 55 kilogram lelaki pada Sukan SEA 2021 di Hanoi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI : Dua atlet Malaysia menambah pungutan pingat perak dan gangsa melalui sukan bina badan dalam Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam, yang berlangsung petang tadi.

Azri Azmat Safri selaku wakil kategori 55 kilogram (kg) berjaya menggenggam perak manakala bagi kategori 65kg pula, Malvern Abdullah meraih gangsa.

MALVERN Abdullah memenangi pingat gangsa acara 65kg dalam saingan bina badan Sukan SEA 2021 di Hanoi.

“Kejayaan ini memang mengejutkan sebab saya tak pernah bertanding di peringkat antarabangsa.

“Saya rasa pemenang emas lebih mempunyai kelebihan daripada saya,” jelas Azri yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam sukan subjektif itu.

Setakat 7.30 malam tadi, skuad kebangsaan telah mengumpul sebanyak 11 emas, lima perak dan lapan gangsa dengan Malaysia masih berada di kedudukan kedua terbaik dalam kejohanan sukan dwitahunan peringkat Asia Tenggara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN