Beri tumpuan acara ‘lubuk emas’ - Nazmizan

Beri tumpuan acara ‘lubuk emas’

RENANG antara sukan yang perlu diberi perhatian serius kerana menawarkan pingat emas yang banyak, namun hanya mampu menyumbang sebutir emas buat Malaysia di Sukan SEA 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) perlu membuat perancangan terbaik dengan menilai sukan-sukan yang berpotensi menyumbang lebih banyak pingat kepada kontinjen Malaysia dalam mana-mana temasya yang disertai.

Pendekatan yang perlu dilakukan termasuk menambah peruntukan kewangan dan juga menghantar atlet berpotensi untuk berlatih di luar negara, selain turut merangka program latihan yang lebih baik buat mereka.

Bagaimanapun, tumpuan kepada acara ‘lubuk emas’ seperti olahraga dan renang itu bukan bermakna agensi yang bertanggungjawab meningkatkan mutu sukan tersebut perlu meminggirkan sukan-sukan lain yang turut berpotensi menyumbang emas.

Juara 100 dan 200 meter Sukan SEA 2003 di Vietnam, Nazmizan Muhammad berkata, sudah tiba masa untuk negara beralih kepada strategi dengan memberi tumpuan yang lebih kepada acara sukan menyumbang lebih banyak pingat emas.

NAZMIZAN MUHAMMAD

“Misalnya olahraga yang tawarkan 46 pingat emas di Sukan SEA Vietnam, saya sebutkan olahraga bukan sebab saya atlet sukan itu tetapi ia realiti kerana banyak pingat emas ditawarkan. Sama juga dengan sukan renang.

“Maknanya kita buat strategi, fokus kepada sukan yang tawarkan lebih banyak pingat emas…Kalau dalam olahraga kita dapat menang 10 emas, dalam renang 10 emas, itu sudah cukup untuk membantu pungutan pingat negara.

“Jadi, kita kena ada perancangan dan tengok balik program latihan. Mungkin boleh Berikan peruntukan kewangan, hantar atlet sertai latihan dan dedahkan mereka dengan kejohanan antarabangsa untuk capai sasaran,

“Bagi atlet yang sudah dapat emas, kita kena pastikan momentum mereka kekal dan dalam masa yang sama kita lihat potensi atlet yang meraih perak dan gangsa untuk tukar pingat masing-masing kepada emas selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.


NOR Sarah Adi menghadiahkan pingat emas ke-19 buat Malaysia dalam acara lompat bergalah di Stadium My Dinh, Hanoi. – UTUSAN/SHIDDIEQIN ZON

Mengulas pencapaian atlet negara pada Sukan SEA Vietnam, Nazmizan berkata, secara keseluruhan, pencapaian mereka pada temasya dwitahunan itu boleh dipuji kerana berjaya melepasi sasaran 36 pingat emas yang ditetapkan.

“Saya tengok, ramai yang hentam dan kata macam-macam kerana kita menduduki tempat keenam secara keseluruhan. Sepatutnya kita kena bagi pujian kepada atlet kita yang berjuang di Vietnam kerana mereka berjaya melepasi sasaran.

“MSN sendiri pun sudah akui bahawa kita akan kehilangan emas dalam sukan tertentu dan itu perlu diambil kira juga… Selain itu, kita kena ambil kira juga faktor peningkatan prestasi atlet-atlet negara yang bertanding di Sukan SEA Vietnam.

“Jadi bagi saya, secara keseluruhan, kontinjen negara sudah buat yang terbaik dan ada sesetengah atlet yang turut pecahkan rekod dan memberi tentangan sengit kepada lawan…jadi kalau kita kritik secara melulu, tidak adil untuk atlet,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.