Tok Gajah akhirnya raih kemenangan pertama

Tok Gajah akhirnya raih kemenangan pertama

AZAM Azih membuka jaringan Sri Pahang dalam dalam pertemuan menenang Penang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam ini. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sri Pahang akhirnya berjaya memperoleh tiga mata diidamkan apabila menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.

Penang FC bermula garang sebaik memasuki minit kedua perlawanan apabila melakukan serangan pantas sebelum berjaya mendapat sepakan sudut tetapi tandukan Christian Rontini tepat ke arah penjaga gol Sri Pahang.

Tersentak dengan serangan pantas pelawat, Sri Pahang mula garang dan hampir mendapat gol melalui rembatan Manuel Hidalgo tetapi berjaya ditepis penjagal gol pelawat dua minit kemudian.

Sri Pahang hampir mendapat gol apabila sepakan percuma luar kotak penalti gagal disudahkan melalui tandukan terbang pemain import, Billy Ketkeopthomphone walaupun penjaga gol Penang FC, Khatul Anuar Md. Jalil sudah tertewas.

Penyokong Sri Pahang akhirnya bergembira selepas sepakan Azam Azih dari luar petak penalti pada minit ke-28 menerjah jaring gol lawan sekali gus membezakan kedudukan Sri Pahang mendahului Penang FC 1-0.

DAVID Rowley meraikan gol kedua Sri Pahang ketika menentang Penang FC dalam aksi Liga Super malam ini. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF

Bagaimanapun gol oleh pemain gantian Penang FC, Sukri Hamid memadam kelebihan satu gol Sri Pahang ketika waktu tambahan masa di minit ke-46.

Pada babak kedua, Pahang melakukan beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan Azam dan memasukkan Baqiuddin dan Sean Giannelli.

Nyata perubahan yang dilakukan membuahkan hasil selepas Rowley menjaringkan gol pada minit ke-65.

Penjaga gol Penang FC terpaksa diusung keluar padang selepas hampir empat minit mendapat rawatan selepas bertembung dengan Nicholas Swirad.

Kemasukan penjaga gol baharu Penang FC, Mohamad Hafizul Hakim nyata memberi kelebihan buat Sri Pahang apabila berjaya menambah gol ketiga minit ke-73 menerusi Giannelli. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya