Amerika Syarikat igauan buruk Three Lions

Tempoh singkat, AS igauan buruk Three Lions

Three Lions
SELEPAS kalah kepada Itali dalam final Kejohanan Eropah tahun lalu, England turun dengan misi menebus kekecewaan apabila bertarung di Piala Dunia Qatar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate bimbang dengan tempoh masa untuk pasukannya membuat persiapan menghadapi Piala Dunia 2022 walaupun mendapat undian mudah dalam Kumpulan B.

Skuad Three Lions akan berdepan Iran pada hari pembukaan di Qatar pada 21 ­November, hanya lapan hari selepas perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dan rehat aksi antarabangsa untuk Piala Dunia bermula.

England juga akan menentang Amerika Syarikat (AS), ­selain tetangga Britain sama ada Scotland atau Wales jika pasukan berkenaan menewaskan Ukraine pada saingan ­playoff.

Perlawanan playoff separuh akhir antara Scotland dan Ukraine dilewatkan kepada Jun berikutan pencerobohan Rusia di negara itu.

GARETH SOUTHGATE

“Dua perlawanan pertama kami adalah menentang pasukan yang kami tidak pernah bertemu (Iran) dan sudah lama tidak bertemu (AS).

“Pasukan ketiga pula belum diketahui tetapi mungkin askan menemukan tetangga Britain, kami tahu siapa mereka dan banyak kali bertemu.

“Bagi kami, perkara paling penting adalah hari pertama dan apa sahaja program yang diatur harus jelas kerana per­lawanan tiba tidak lama selepas aksi terakhir Liga Perdana,” ujarnya.

England sebelum ini tidak pernah bertemu Iran selain mencatat memori tidak gembira menentang AS pada kejohanan besar.
AS menewaskan England 1-0 pada Piala Dunia 1950 dan seri 1-1 pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN