Sarawak United raih mata pertama - Utusan Malaysia

Sarawak United raih mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sarawak United gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila diikat 1-1 oleh Penang FC di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Bagaimanapun, keputusan seri memberikan mata pertama buat skuad Kenyalang Emas selepas mengharungi tiga aksi Liga Super musim ini.

Selepas babak pertama berlangsung hambar dengan kedua-dua pasukan buntu untuk menembusi gawang, skuad Harimau Kumbang akhirnya mengejutkan tuan rumah di minit ke-73.

Penyerang kelahiran Brazil, Casagrande meletakkan Penang FC di depan dengan menanduk hantaran Hilal El Helwe.

Tersentak dengan gol tersebut, Sarawak mengatur asakan ke kubu lawan untuk mencari gol penyamaan, dan Boris Kok akhirnya menggembirakan penyokong tuan rumah dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-83.

Sarawak yang kalah kepada Kedah Darul Aman (KDA) dan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi pertama, kini menduduki  tangga ke-10, manakala Penang di tempat ketujuh dengan menerusi dua mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN