Rooney pilihan utama bimbing Burnley

Rooney pilihan utama bimbing Burnley

WAYNE Rooney (tengah) antara yang disebut-sebut bakal mengambil alih tugas pengurus baharu Burnley.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BURNLEY, England: Bekas bintang penyerang England dan Manchester United, Wayne Rooney mendahului senarai calon pengurus baharu Burnley bersama pengendali Middlesbrough, Chris Wilder selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu memecat semalam.

Menurut firma pertaruhan Betfair, Rooney, 36, yang kini membimbing kelab Liga Kejua­raan, Derby County menjadi pilihan pertaruh.

Pada mulanya, jurulatih berpengalaman, Sam Allardyce me­nerima 10/3 pertaruhan sebaik sahaja Burnley mengumumkan keputusan mereka secara mengejut, namun ia kemudian berkurangan kepada 9/2.

Rooney kemudian menjadi pilihan untuk menjadi pengurus baharu Burnley, malah nama bekas penyerang dan pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer turut menjadi sebutan.

SEAN DYCHE

Dyche, 50, merupakan pe­ngurus paling lama berkhidmat dalam Liga Perdana selepas mengambil alih kelab itu pada 2012, namun dia meninggalkan Burnley di kedudukan ke-18, hanya empat mata dipisahkan dari zon penyingkiran.

Skuad The Clarets tewas lima daripada enam perlawanan terakhir liga, di mana kekalahan terbaharu 2-1 kepada pasukan tercorot, Norwich, Ahad lalu mendorong Dyche disingkirkan.

Pengerusi Burnley, Alan Pace berkata, kelab itu sedang giat mencari pengurus baharu dan buat sementara, tugas tersebut akan diserahkan kepada jurulatih bawah 23 tahun, Mike Jackson sambil dibantu pengarah akademi, Paul Jenkins. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN