Proses jual beli Perak FC ditangguhkan ke malam ini

Proses jual beli Perak FC ditangguhkan ke malam ini

PENYOKONG Perak FC sentiasa bersama pasukan dan turun stadium memberi sokongan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Proses jual beli Perak FC yang sepatutnya dijalankan pagi ini tertangguh atas sebab tidak diketahui, sebaliknya majlis menandatangani perjanjian akan diadakan pukul 8.30 malam ini.

Menurut sumber, majlis pagi tadi dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

” Tidak tahu apa sebab ia dibatalkan. Yang pasti ia akan diadakan malam ini pula, ” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Persetujuan telah dicapai antara Impact Media &, Communication Sdn. Bhd (IMC) untuk menjual sahamnya kepada JR Resources and Services Sdn. Bhd. (JR).

Dengan penjualan Itu, IMC akan bebas daripada belenggu hutang berjumlah kira-kira 11 juta.

Menurut sumber itu. JR akan menanggung segala hutang dengan menyelesaikan tunggakan gaji pemain tempatan serta tuntutan pemain import Brazil dan Korea Selatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN