Penalti lewat permainan kecewakan Bos Gaurus

Penalti lewat permainan kecewakan Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jaringan Njoku Jacob dari sepakan penalti dua minit sebelum tamat permainan membantu Kelantan United FC meraih mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak sebentar tadi.

Jaringanya itu yang merupakan hatrik sekaligus memusnahkan impian Perak FC untuk mengutip sekurang-kurangnya satu mata apabila tumpas 2-3 kepada pelawat.

Pemain Perak yang baru mendapat duit raya pagi tadi tampak bersemangat di awal permainan dan berjaya menyaingi pelawat.

Muhammad Aqil Hilman Danial Roslan meletakkan tuan rumah di hadapan apabila menolak masuk bola yang muntah dari tangkapan Mohammad Fikri Che Soh pada minit ke-3.

Lapan minit kemudian Nazmi Ahmad menjadikan kedudukan 2-0 apabila menghulurkan kaki untuk menyambung hantaran rakan sepasukan.

Bagaimanapun selepas itu menyaksikan anak buah Yusri Che Lah mengendurkan pegangan terhadap permainan.

Kelantan United mengambil kesempatan daripada kealpaan benteng Perak itu untuk menjaring dua gol dalam tempoh tiga minit untuk memadam kelebihan tuan rumah.

Kegagalan benteng Perak menyekat usaha solo Njoku Jacob membolehkan pemain import itu merapatkan jurang pada minit ke-20 .

Tiga minit kemudian Jacob yang tidak dikawal mudah melarikan bola sebelum menolak melepasi jangkauan Muhammad Farhan Abdul Majid untuk gol penyamaan.

Baki 45 minit menyaksikan kedua-dua pasukan berusaha gigih untuk mencari gol tambahan.

Ketika perlawanan tampak berakhir seri, Kelantan dihadiahkan penalti selepas Muhammad Aiman Khairul Yusni membentes pemain lawan dalam kotak penalti

Jacob yang mengambil sepakan mudah menewaskan Farhan dengan sepakannya untuk memberi mata penuh kepada pelawat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN