Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya

Myanmar, Hong Kong uji Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan akhir Malaysia untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 bakal teruji dalam dua aksi persahabatan menentang Myanmar dan Hong Kong.

Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengesahkan, anak-anak buahnya bakal diuji oleh Myanmar pada 27 Mei sebelum menentang Hong Kong empat hari kemudian dalam dua perlawanan antarabangsa Tier 1 di Kuala Lumpur.

Katanya, dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang mampu membantu Malaysia memperkuatkan pasukan sebelum menghadapi tiga perlawanan Kumpulan E dalam Kelayakan Piala Asia 2023 di Bukit Jalil iaitu bertemu Turkmenistan (8 Jun), Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh pada 14 Jun.

Malaysia memilih untuk bertemu pasukan ranking ke-152 dunia, Myanmar kerana mereka akan berada di Kuala Lumpur untuk kem latihan pusat sebelum terbang ke Bishkek, Kyrgyzstan bagi saingan Kumpulan F yang melibatkan Kyrgyzstan, Tajikistan, Myanmar dan Singapura.

KIM Pan Gon (tengah) dan barisan kejurulatihannya sibuk menonton perlawanan Liga Super untuk ‘memburu’ pemain.

“Hong Kong pula yang ketika ini menghuni ranking ke-147 dunia akan singgah ke Kuala Lumpur untuk bertemu Malaysia sebelum terbang ke Kolkata, India dalam saingan Kumpulan D membabitkan India, Hong Kong, Afghanistan dan Kemboja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Harimau Malaya akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat pada 19 Mei ini iaitu sejurus berakhirnya hari perlawana kesembilan dalam saingan Liga Super pada18 Mei.

Malaysia sebelum ini mengharungi tiga aksi persahabatan di Singapura.

“Tempoh tiga minggu kem latihan pusat, termasuk perlawanan pemanas badan menentang Myanmar dan Hong Kong diharap dapat memberi peluang dan ruang buat kami barisan kejurulatihan meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum kita berdepan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

“Dengan kesemua perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita tampil dengan persembahan lebih bertenaga dan seterusnya dapat memberikan keputusan positif serta kejayaan yang kita semua harapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN