MFL pinda jadual Liga Super, tiada alasan tidak lepaskan pemain

MFL pinda jadual Liga Super, tiada alasan tidak lepaskan pemain

STUART RAMALINGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada lagi alasan buat pasukan Liga Super untuk tidak melepaskan pemain-pemain mereka bagi menyahut panggilan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara yang akan berentap di Sukan SEA bulan depan selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bersetuju meminda jadual pertandingan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, pindaan aksi Liga Super itu membabitkan perlawanan ketujuh hingga ke-10 musim ini bagi memberi laluan kepada persiapan skuad senior Harimau Malaya dan B-23 negara yang akan mengharungi kejohanan antarabangsa.

Katanya, sebanyak enam perlawanan Liga Super akan dipinda membabitkan penyelarasan antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan MFL berkaitan agenda pasukan kebangsaan B-23 yang bakal menyertai latihan pusat dan Sukan SEA Hanoi bermula 30 April sehingga 23 Mei ini.

“Merujuk kepada perbincangan MFL dan FAM sebelum ini, pasukan senior kebangsaan dan skuad B-23 akan menjalani latihan pusat bagi menghadapi kejohanan antarabangsa seperti pasukan kebangsaan akan menyertai latihan pusat bermula 19 sehingga 29 Mei 2022.

SKUAD Malaysia B-23 meneruskan latihan dengan lima pemain dalam persiapan menghadapi Sukan SEA di Hanoi, bulan depan.

“Sementara skuad B-23 akan menjalani latihan pusat sebagai persiapan kepada kejohanan Sukan SEA 2022 Hanoi, Vietnam bermula 30 April sehingga 11 Mei 2022 dan kejohanan Piala AFC B-23 Uzbekistan bermula 24 hingga 31 Mei 2022.

“Pindaan perlawanan Liga Super ini penting kerana ia berkaitan dengan agenda kebangsaan dan saya juga merakamkan penghargaan kepada setiap kelab yang memberi kerjasama dan persetujuan menyempurnakan pindaan ini dengan meletakkan kepentingan negara sebagai keutamaan,” katanya.

Sebelum ini, skuad B-23 kendalian Brad Maloney menerima tamparan hebat apabila hanya lima daripada 31 pemain yang dipanggil melaporkan diri pada sesi latihan selepas terdapat kelab enggan melepaskan pemain kerana komitmen aksi liga.

Sementara itu, skuad senior Harimau Malaya pula akan mengharungi aksi berdepan Turkmenistan pada 8 Jun, diikuti Bahrain (11 Jun) dan Bangladesh (14 Jun) dalam aksi Kumpulan E kempen Kelayakan Piala Asia 2023.

Kata Stuart, pindaan keseluruhan perlawanan minggu ke-10 turut dilakukan bagi memberi peluang kepada pemain menggalas cabaran skuad kebangsaan selepas Malaysia menjadi tuan rumah kepada pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

“Kita mahu memberikan peluang kepada pasukan kebangsaan menjalani latihan pusat bermula 19 Mei bagi menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 8 Jun.

“MFL juga ingin memaklumkan bahawa pindaan jadual seterusnya mungkin terpaksa dilakukan dengan mengambil kira kelayakan ke peringkat seterusnya (pusingan kalah mati) oleh mana-mana kelab Liga Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman FC dan Kuala Lumpur City FC di dalam pertandingan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya