Manchester United boleh lupakan Liga Juara-Juara?

Manchester United boleh lupakan Liga Juara-Juara?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Musim malang Manchester United berterusan apabila tumpas 1-0 di Everton sebentar tadi, sekali gus menyempitkan peluang mereka untuk menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris.

Jaringan Anthony Gordon pada minit ke-27 cukup untuk memberi tiga mata berharga buat Everton dan menjarakkan mereka dari zon penyingkiran.

United menguasai sebahagian besar separuh masa pertama, namun aksi rapuh benteng pertahanan sekali lagi menghukum mereka.

Gordon, 21, melepaskan rembatan rendah dan bola terkena lengan Harry Maguire sebelum menewaskan David de Gea.

Red Devils kini berada di tempat ketujuh Liga Perdana, hampir pasti mengucapkan selamat tinggal kepada sebarang harapan untuk memburu tiket ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mereka ketinggalan enam mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham.

Pada babak kedua, pengurus United, Ralf Rangnick membuat beberapa pertukaran tetapi gagal menyelamatkan pasukannya.

Kepulangan Cristiano Ronaldo juga tidak mampu membantu pasukan itu untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata di Goodison Park.

Hantaran buruk United, kekurangan sistem dan kebergantungan terhadap Ronaldo berterusan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN