Liverpool rampas kedudukan pendahulu Liga Perdana - Utusan Malaysia

Liverpool rampas kedudukan pendahulu Liga Perdana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Liverpool merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak Oktober lalu selepas menumpaskan Watford 2-0 di Anfield, sebentar tadi.

Gol liga ke-14 Diogo Jota musim ini memberi kemenangan ke-10 berturut-turut buat Reds, meninggalkan Manchester City dengan dua mata.

City bagaimanapun mampu merampas kembali takhta liga jika menang dalam perlawanan yang sedang berlangsung Burnley.

Liverpool bermula perlahan dan hampir dikejutkan dengan percubaan Juraj Kucka, namun tendangannya melewati palang gol.

FABINHO (dua, kanan) meraikan gol kedua Liverpool.

Tidak lama kemudian, tuan rumah mula bertindak balas dengan aksi agresif dan gerakan pantas dari pertahanan ke serangan membuahkan hasil.

Joe Gomez yang mengambil alih tempat Trent Alexander-Arnold melakukan hantaran silang tepat kepada Jota, yang menanduk bola menewaskan Ben Foster pada minit ke-22.

Liverpool yang beraksi jauh daripada kemampuan sebenar berdepan detik mencemaskan menuju ke penghujung permainan.

Begitupun, seminit sebelum tamat permainan, mereka dihadiahkan sepakan penalti selepas Jota dikasari oleh Kucka.

Ketiadaan Mohamed Salah yang dikeluarkan pada babak kedua menyaksikan tugas mengambil sepakan diberikan kepada Fabinho.

Bintang tengah Brazil itu tidak melakukan kesilapan apabila melakukan tendangan yang sempurna untuk gol kedua tuan rumah.

Pada pertengahan Januari, anak-anak buah Jurgen Klopp ketinggalan 11 mata di belakang City, namun kini mereka adalah pencabar utama kejuaraan Liga Perdana. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya