Leicester pahat sejarah mara ke separuh akhir

Leicester pahat sejarah mara ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Leicester bangkit menumpaskan PSV Eindhoven 2-1 untuk melangkah ke separuh akhir Liga Konferensi Europa buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Skuad bimbingan Brendan Rodgers itu kini akan berdepan kelab Itali, Roma yang dibimbing Jose Mourinho.

Selepas seri 0-0 dalam pertama di England minggu lalu, PSV mendahului suku akhir kedua menerusi jaringan Eran Zahavi.

Begitupun, dua jaringan lewat James Maddison dan Ricardo Pereira mengecewakan penyokong tuan rumah di Philips Stadion.

Leicester akan berdepan Roma untuk memburu tempat ke final di Tirana pada 25 Mei selepas skuad Serie A itu mengatasi defisit 2-1 dengan membelasah skuad Norway, Bodo/Glimt 4-0.

“Kami adalah pasukan yang sangat muda di bola sepak Eropah.

“PSV memiliki sejarah hebat di Eropah, manakala kami sangat muda. Ia pengalaman menarik bagi kami dan saya sangat gembira dengan prestasi pemain,” kata Rodgers kepada BT Sport.

Marseille turut menempah tiket separuh akhir selepas menewaskan kelab Greece PAOK 1-0 untuk kemenangan agregat 3-1 dan akan menentang Feyenoord yang menewaskan Slavia Prague 3-1. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya