fbpx

Legenda Red Warriors derita jangkitan kuman di pergelangan kaki

MOHD. Hashim Mustapha (kanan) masih lagi hidup dan kini dirawat di ICU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

KOTA BHARU: Legenda bola sepak Kelantan Mohd. Hashim Mustapha kini menderita akibat jangkitan kuman di pergelangan kaki kanan selepas terjatuh da­ripada motosikal yang ditungganginya, Mac lalu.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia Mohd. Hashim, 56, berkata, kejadian itu berlaku semasa dia keluar untuk menjalankan tugas sebagai pe­ngendali Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3.

Kaki kanannya mengalami bengkak secara mengejut menyebabkan dia tidak dapat memakai kasut seperti biasa.

“Awalnya saya ingatkan tiada apa-apa berlaku sehinggalah kaki menjadi bengkak dan sa­kitnya tidak mampu dibendung.

“Saya terpaksa ‘mengalah’ dan akhirnya dirujuk ke unit kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk mendapat rawatan awal pada 1 April.

“Selepas itu saya dirujuk ke Hospital Pakar Perdana dua hari kemudian dan doktor membe­ritahu ada jangkitan kuman pada kaki,” katanya.

Bekas penjaring terbanyak Liga Perdana 1993 dan 1994 memberitahu, dia kini terpaksa bergantung kepada ubat untuk ‘meredakan’ kesakitan yang dialami ketika ini.

Katanya, selepas ini dia terpaksa menjalani beberapa lagi rawatan susulan bagi memboleh­kan doktor memantau tahap kesihatannya itu.

“Doktor turut memberitahu saya turut berdepan risiko terkena jangkitan kencing manis. Bagaimanapun ia masih lagi di peringkat awal.

“Ketika ini saya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk menampung perbelanjaan rawatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Hashim berkata, dia mencadangkan kerajaan Kelantan mewujudkan satu yayasan untuk membela penggiat sukan di negeri ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN