Jerman, Sepanyol berentap awal - Utusan Malaysia

Jerman, Sepanyol berentap awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Dua bekas juara, Jerman dan Sepanyol akan berentap di peringkat awal pada Piala Dunia 2022 di Qatar selepas diundi dalam kumpulan sama.

Jerman, juara empat kali dan Sepanyol, pemenang 2010 turut diundi bersama gergasi bola sepak Asia, Jepun serta pemenang aksi playoff antara benua melibatkan Costa Rica dan New Zealand dalam Kumpulan E.

“Jelas ini undian paling sukar dalam balang kedua, terutama selepas mereka (Jerman) kini sudah bertukar jurulatih.

“Marilah kita meraikannya ketika ini dan cuba berfikiran optimistik,” kata pengurus Sepanyol, Luis Enrique selepas majlis undian pagi tadi.

Sepanyol membelasah Jerman 6-0 kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam Liga Negara-Negara pada November 2020 tetapi Jerman sudah banyak meningkat sejak Hansi Flick menggantikan Joachim Loew sebagai jurulatih.

“Kami yakin, kami akan melalui kejohanan yang bagus,” kata penjaga gol dan kapten Jerman dari Bayern Munich, Manuel Neuer.

Sementara itu, Flick menyifatkan pertembungan dengan juara edisi 2010, Sepanyol amat menarik.

“Kumpulan yang menarik, tetapi tidak mudah. Kami meletakkan harapan yang tinggi di kejohanan ini.

“Jepun adalah pasukan yang mempunyai ramai pemain beraksi di Bundesliga, jadi mereka pastinya mempunyai kualiti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN