Hodgson sedia ‘dibenci’ Guardiola

Hodgson sedia ‘dibenci’ Guardiola

ROY Hodgson (kiri) bersedia dibenci oleh Pep Guardiola jika berjaya membawa Watford mengejutkan Manchester City hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Watford, Roy Hodgson mendedahkan, Pep Guardiola tidak bercakap dengannya untuk tempoh yang lama selepas dia membawa Crystal Palace menumpaskan Manchester City di Etihad pada musim 2018/2019.

Ketika itu, Andros Townsend membantu Eagles meraih kemenangan mengejut 3-2 yang hampir meragut kejuaraan Manchester City, namun mereka berjaya menjuarai liga dengan kelebihan satu mata.

Hodgson sekali lagi memerlukan keputusan mengejut apabila berdepan anak-anak buah Guardiola sekali lagi hari ini bagi memastikan pasukannya mengelak tersingkir pada hujung musim.

Watford kini berada di zon penyingkiran dengan tujuh mata di belakang pasukan tangga ke-17, Everton.

Untuk menambah drama Liga Perdana Inggeris, sama seperti yang dilakukan tiga tahun lalu, Hodgson boleh memberi impak kepada perebutan gelaran jika menewaskan skuad The Citizens.

PEMAIN Watford menjalani latihan akhir semalam menjelang pertemuan menentang Manchester City hari ini.

City ketika ini mendahului liga hanya dengan satu mata mengatasi Liverpool, dan berdoa tidak keciciran mata sepanjang enam baki perlawanan.

“Pep tidak bercakap dengan saya untuk tempoh yang lama selepas Palace mengalahkan City. Jika kami mendapat kemenangan kali ini, dia mungkin tidak akan bercakap dengan saya sepanjang hayat,” kata Hodgson yang juga bekas pengurus Liverpool.

The Hornets kalah dalam 14 pertemuan terakhir menentang City (semua pertandingan), termasuk tewas 1-3 pada aksi pertama musim ini di Vicarage Road. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN