Djokovic dilabel ‘raja kebodohan’ gara-gara tidak ambil vaksin

Djokovic dilabel ‘raja kebodohan’ gara-gara tidak ambil vaksin

NOVAK DJOKOVIC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas pemain tenis No. 1 dunia, Marcelo Rios menggelar Novak Djokovic sebagai digelar ‘raja kebodohan’ kerana keengganannya mendapatkan vaksin Covid-19.

Pendirian Djokovic itu menyaksikan dia diusir dari Australia pada awal tahun ini dan terlepas peluang mempertahankan kejuaraan Terbuka Australia.

Dia kemudian terlepas kejohanan Masters 1000 di Indian Wells dan Miami kerana tidak dapat memasuki Amerika Syarikat (AS), sekali gus kehilangan takhta No.1 dunia kepada Daniil Medvedev meskipun berusaha merebut semula ranking tersebut tanpa bermain.

Kata Rios, tindakan Djokovic itu ‘bodoh’ kerana bintang Serbia tersebut sedang ber­saing untuk bergelar pemenang kejuaraan Grand Slam terba­nyak dalam sejarah.

“Ini memang bodoh, dia akan terlepas persaingan dan tidak dapat menjadi yang terbaik dalam sejarah hanya ke­rana vaksin.

“Saya juga pernah fikir se­pertinya (tidak mahu mengambil vaksin), namun kemudian saya perlu mengembara dan saya memutuskan untuk mendapatkan suntikan.

“Saya tidak tahu apa se­babnya tetapi jika anda mahu menjadi yang terbaik dalam sejarah dan sanggup melepaskan perlawanan hanya kerana vaksin, anda raja kebodohan,” katanya.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya