THT hampiri kejuaraan kedua musim ini - Utusan Malaysia

THT hampiri kejuaraan kedua musim ini

PEMAIN THT meraikan jaringan selepas menewaskan TNB Thunderboalts 5-1 dalam aksi Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki MBKT di Kuala Terengganu, hari ini. - PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan Hoki Terengganu (THT) hanya selangkah untuk merangkul kejuaraan kedua musim ini selepas membelasah TNB Thunderbolts 5-1 dalam  saingan Liga Hoki Malaysia (MHL)  di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) di sini hari ini.

THT yang mengumpul 29 mata akan menentang pendahulu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan terakhir liga, Selasa ini untuk menentukan kejuaraan.

Dalam aksi petang tadi, Faizal Saari meletakkan tuan rumah di depan selepas gerakan solonya berjaya melepasi dua pertahanan Thunderbolts sebelum menewaskan penjaga gol, Muhammad Hamiz Ahir pada minit ke-26.

Dua minit bersambung babak kedua, Faizal menggandakan kedudukan 2-0 juga menerusi gol padang hasil hantaran Abdul Khaliq Hamirin dari sebelah kanan.

THT terus selesa pada minit ke-49 melalui jaringan padang Muhammad Marhan Jalil dan Muhammad Sufi Ismat Rohulamin (m-52) untuk menjadikan kedudukan 4-0 buat tuan rumah.

Penyerang berbisa, Faizal melengkapkan hatrik yang juga jaringan ke-22 musim ini apabila melakukan pukulan kencang pada minit ke-55 manakala lawan hanya memperoleh jaringan saguhati menerusi Shamir Rizmi Shamsul, selang empat minit.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya