Teluk Intan, Pengkalan Hulu buat laporan polis terhadap Yadzan

Teluk Intan, Pengkalan Hulu buat laporan polis terhadap Yadzan

Muhammad Yadzan Mohammad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jangkaan pertikaian antara tiga ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dengan Naib Presiden 1 persatuan itu, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad sudah berakhir ternyata meleset.

Ini kerana dalam perkembangan terbaru, dua persatuan iaitu Hilir Perak dan Pengkalan Hulu mengkotakan janji untuk membuat laporan polis terhadap Muhammad Yadzan.

Laporan polis PB Hilir Perak dibuat oleh setiausahanya, Megat Ameruddin Megat Danian di Balai Polis Teluk Intan pada pukul 10.01 pagi tadi.

Manakala laporan polis PB Pengkalan Hulu dibuat di Pengkalan Hulu oleh Setiausaha PB Daerah itu, Muhammad Khusyairi Abdul Latif pada pukul 5.30 petang tadi.

Dalam laporan mereka, masing-masing menafikan dakwaan Muhammad Yadzan yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Melayu bahawa mereka menyokong Naib Presiden 1 Pafa itu sebagai Presiden baharu Pafa dalam kongres pada 13 Januari lalu .

Sebaliknya, Hilir Perak, Pengkalan Hulu serta sebuah lagi persatuan daerah iaitu Bagan Datuk tidak menghantar wakil ke Kongres Ke -63 Pafa itu.

Kedua-dua persatuan juga mendakwa
kongres tersebut turut diadakan tanpa mengikut lunas-lunas Perlembagaan Pafa serta tidak mencapai korum minimum.

Berikutan itu, mereka mendakwa jawatan yang dipegang oleh Muhammad Yadzan adalah tidak sah kerana tidak dilakukan mengikut prosedur yang sebetulnya.

kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau juga bersifat mengelirukan serta mewujudkan persepsi umum bahawa ketiga-tiga persatuan bersekongkol melanggar peraturan dan Perlembagaan Pafa demi mendapatkan jawatanbdengan cara yang salah.

Menurut mereka, laporan polis dibuat bagi menjaga nama baik serta melindungi ketiga-tiga PB Daerah itu dari sebarang tuduhan bersubahat melanggar undang-undang Pafa dan penyalahgunaan kuasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya