Penyokong 'mengamuk' Nigeria gagal ke Piala Dunia 2022

Penyokong ‘mengamuk’ Nigeria gagal ke Piala Dunia 2022

PENYOKONG Nigeria membanjiri padang selepas pasukan mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA, Nigeria: Penyokong Nigeria yang berang menceroboh ke padang Stadium Nasional Moshood Abiola selepas negara mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2022.

Skuad Super Eagles diikat 1-1 dalam playoff awal pagi tadi, dan jaringan Thomas Partey di minit ke-10 memadai untuk membawa Ghana layak ke Qatar menerusi peraturan gol di tempat lawan.

William Troost-Ekong memberi harapan kepada tuan rumah dengan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-22.

Bagaimanapun, kegagalan mencari gol kemenangan menghalang mereka untuk beraksi di Piala Dunia yang membuka tirai November ini selepas aksi pertama minggu lalu berakhir 0-0.

ANTARA kerosakan yang dilakukan penyokong.

Penyokong tuan rumah yang amat kecewa menyerbu ke padang dan menghalau pemain-pemain Ghana hingga memaksa polis melepaskan gas pemedih mata.

Selepas menyerang pemain Black Stars yang sedang meraikan kemenangan, mereka kemudian melakukan kerosakan ke atas kemudahan di stadium.

Kawalan ketat diberikan kepada pasukan Ghana ketika mereka memasuki bilik persalinan bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku.

Ini kali keempat Ghana berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN