Kyrgios caci pengadil, tewas dalam Terbuka Miami

Kyrgios caci pengadil, tewas dalam Terbuka Miami

NICK Kyrgios membaling raket ketika menentang Jannik Sinner pada Terbuka Miami di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Nick Kyrgios mengecam pengadil yang dianggap punca kekalahannya kepada pemain Itali, Jannik Sinner pada pusi­ngan kedua tenis Terbuka Miami semalam.

Bintang kontroversi Australia itu kalah 6-7 (3/7), 3-6, dan dia berulang kali memarahi pengadil, Carlos Bernardes yang dianggap gagal mengawal penonton, malah memberitahu rakannya di tempat duduk peminat, dia boleh melakukan tugas lebih baik jika duduk di kerusi pegawai perlawanan.

Selepas menggelar Bernar­des sebagai ‘badut’, pemain berusia 26 tahun itu dikenakan mata penalti.

“Ini kejohanan terbesar dan kamu semua tidak boleh me­lakukan tugas dengan baik, ia sangat memalukan.

“Anda tertanya-tanya mengapa tiada siapa yang menonton sukan ini, kerana ia hanyalah bahan jenaka,” katanya kepada pe­ngadil.

Sementara itu, jaguh Rusia, Daniil Medvedev dipisahkan dengan satu lagi kemenangan untuk merampas ranking No. 1 dunia daripada Novak Djokovic selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Jenson Brooksby untuk mara ke suku akhir.

Medvedev menang 7-5, 6-1, dan selangkah untuk merampas kedudukan Djokovic buat kali kedua jika menumpaskan juara bertahan, Hubert Hurkacz dari Poland hari ini.

Hurkacz mara ke suku akhir selepas menewaskan Lloyd Harris dari Afrika Selatan 7-6 (7/3), 7-3. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya