KL Thunder pamer karakter sang juara - Utusan Malaysia

KL Thunder pamer karakter sang juara

APIT kanan KL Thunder, Azlan Alias melakukan rejaman yang cuba dihadang pemain Melaka Titans, Rusdee Leerem (kiri) pada perlawanan Piala Juara-Juara di Iskandar Studio, Iskandar Puteri malam ini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kuala Lumpur (KL) Thunder memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Piala Juara-Juara dengan langkah kanan selepas menundukkan Melaka Titans 21-14, 21-16 di Iskandar Studio, di sini sebentar tadi.

Pasukan kendalian Mohd. Rashidi Nordin itu bagaimanapun bermula agak perlahan apabila membenarkan lawan menyaingi kedudukan  5-5.

Setelah mendapat rentak permainan, tekong, Mohammad Syahir Mohd. Rosdi mula menunjukkan taring dengan menuai mata menerusi servis yang gagal disambut dengan baik pemain lawan.

https://www.instagram.com/tv/CbXhdliJkgo/?utm_medium=copy_link

Ditambah pula dengan ketangkasan perejam, Azlan Alias melakukan variasi serangan membolehkan KL Thunder melebarkan kedudukan kepada 14-9.

Pasukan bimbingan Riduan Ramli bagaikan tidak ada jawapan kepada serangan juara bertahan itu yang terus melebarkan kedudukan 19-13 sebelum menamatkan set dengan kiraan 21-14.

Tindakan Riduan yang memasukkan Sahidan Md. Ali menggantikan Muhammad Farid Abdul Aziz menampakkan hasil apabila berjaya meletakkan Melaka Titans di hadapan 4-1.

TEKONG KL Thunder, Mohammad Syahir Mohd Rosdi melakukan servis ketika menentang Melaka Titans malam ini. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Syahir muncul watak penting membantu pasukannya mengutip mata menerusi servis tajam yang gagal diapungkan lawan membolehkan pasukan berada di hadapan 8-6.

Pemain tinggi lampai itu sekali lagi memberikan tiga mata kepada KL Thunder untuk melebarkan kedudukan sebelum Azlan meletakkan penamat bagi set kedua apabila rejamannya memberikan kemenangan 21-16 buat pasukan.

KL Thunder akan berdepan Penang Black Panthers dalam perlawanan kedua Kumpulan B, esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.