Kelantan Warriors kembali 'bernyawa' - Utusan Malaysia

Kelantan Warriors kembali ‘bernyawa’

KELANTAN Warriors meraih kemenangan yang amat diperlukan selepas menumpaskan Johor Tigris dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - IHSAN STL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kelantan Warriors menghidupkan semula peluang untuk mengelak penyingkiran ke Divisyen 1 selepas menumpaskan Johor Tigris 2-0 dalam saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) Premier 2021/2022 di Stadium Indera Mulia, di sini sebentar tadi. 

Kemenangan itu membolehkan pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang mengutip 10 mata, berkongsi mata dengan pasukan tuan rumah, Perak Bison.

kedua-dua pasukan akan berentap sesama sendiri petang esok untuk mengelak kedudukan dua tercorot, yang bermakna akan tersingkir ke liga bawahan musim depan.

Dalam perlawanan tadi, pemain Kelantan Warriors nempamer permainan bertenaga untuk mengecewakan lawan yang menduduki kedudukan keenam carta liga.

Keberkesanan servis tekong, Muhammad Zulkifli Abd Razak dan rejaman-rejaman padu killernya, Marfuden Arwae adalah faktor membabtu kejayaan Kelantan.

Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Sobey membuktikan bahawa dia masih berwibawa untuk memerangkap trio lawan terdiri daripada tekong Thailand, Siwatbanchan Seekhwa, Nur Haziq Norali dan Muhd Lutfil Hadi Azmi dengan pelbagai servis drop dan kencang untuk mereka menang 21-10 dan 21-15.

 

Walaupun Johor Tigris cuba habisan-habisan namun mereka tidak dapat mengelak mengalami kekalahan kepada Kelantan.

Anak buah Ahmad Jais Baharun akan turun menentang Negeri Sembilan Antlers petang esok untuk menentukan ke Piala Juara-juara selepas ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya