Ducati yakin enjin ‘kacuk’ mampu menggegar - Utusan Malaysia

Ducati yakin enjin ‘kacuk’ mampu menggegar

DUCATI akan menggunakan gabungan enjin 2021 dan 2022 untuk menghadapi Kejuaraan MotoGP Dunia 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Penunggang Ducati, Francesco Bagnaia yakin dan mempercayai keputusan pasukan untuk menukar spesifikasi enjin motosikal mereka menje­lang pembukaan musim baharu MotoGP hari ini.

Musim 2022 akan membuka tirai secara rasmi pada Grand Prix Qatar, di mana Ducati tidak akan menggunakan enjin 2022 sepenuhnya, sebaliknya lebih berminat beralih kepada unit lama 2021 yang sudah dipertingkatkan.

Menurut laporan, keputusan itu dibuat oleh Bagnaia, dan pelumba kedua mereka, Jack Mil­ler tiada pilihan kecuali terpaksa menggunakan enjin yang sama seperti yang dalam peraturan teknikal MotoGP.

Ducati sebelum ini menafikan mereka tidak akan menggunakan enjin bahru sama sekali, sebaliknya menegaskan, mereka hanya memilih unit terbaik bagi memenuhi gaya tungga­ngan kedua-dua pelumba.

Sejurus menamatkan sesi latihan bebas kelmarin, Bagnaia menegaskan, dia lebih gemar menggunakan enjin hibrid gabungan 2021/2022 yang digunakan sekarang.

“Tidak benar kami tidak menggunakan 2022 sepenuh­nya.

“Kami hanya menggunakan pakej terbaik yang kami putuskan selepas ujian di Mandalika (Lombok, Indonesia).

“Kami mahukan yang terbaik dan itu perkara biasa. Saya lebih suka enjin gabungan ini, dan saya lebih menyukainya daripada enjin lama atau lebih daripada yang baharu.

“Saya gembira dan benar-benar yakin dengan pasukan saya bahawa enjin ini adalah cara terbaik untuk berfungsi.

“Ia gabungan, bukan yang di Jerez, bukan yang di Mandalika, bukan yang di Malaysia. Ia adalah gabungan antara enjin tahun ini dan tahun lepas,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.