Dua kali TMJ bantu Selangor - Utusan Malaysia

Dua kali TMJ bantu Selangor

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim (dua, kanan) meninjau keadaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam sambil diiringi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (kanan). – MINGGUAN/SHDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukan satu, tapi lima pasukan Liga Malaysia (Liga M), termasuk Sela­ngor pernah menerima bantuan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana berdepan masalah pembayaran gaji pemain.

Rabu lalu, Tunku Ismail yang juga penaung Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) membantu pasukan bermasalah, Perak FC yang kini berdepan isu kewangan tenat gara-gara kegagalan membayar gaji pemain dan kakitangan mereka.

Kata Tunku Ismail, sebelum ini beliau juga pernah membantu Selangor, Penang FC, Kelantan FC dan Melaka United yang pernah berdepan situasi serupa.

“Baru-baru ini saya ada bantu Perak FC (tiga hari lalu), pihak pengurusan Perak FC ada datang berjumpa saya dan saya ada bagi sedikit sumbangan dan bantuan untuk bantu mereka.

“Saya tak boleh bagitahu berapa (nilai sumbangan) tapi saya ada bagi sikit untuk kurangkan beban Perak FC dan saya harap masalah tersebut boleh mereka selesaikan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau kea­daan padang di Stadium Nasio­nal, Bukit Jalil pada semalam.

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim dalam sidang akhbar selepas meninjau keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. – MINGGUAN/SHDDIEQIIN ZON

Menurut TMJ, sepanjang penglibatannya dalam bola sepak tempatan, sudah banyak pasukan dibantu, cuma beliau enggan mendedahkan kepada media.

“Dalam karier saya…Sebenarnya sudah banyak pasukan yang saya tolong tetapi, saya tidak dedahkan kepada media.

“Saya tolong Selangor sebanyak dua kali, Kelantan dua kali, Penang FC sekali dan Melaka United sekali. Semuanya berkaitan isu gaji. Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia pun saya bantu.

“Ramai yang tidak tahu, tetapi kini semua tahu. Kalau tidak percaya boleh tanya tuan punya badan,” kata Tunku Ismail.

Perak PC dikatakan berdepan tunggakan gaji bernilai RM1.7 juta, melibatkan skuad Liga Perdana yang mencecah sehingga tujuh bulan.

Difahamkan, jurulatih, penolong jurulatih serta kakitangan pasukan berkenaan tidak menerima gaji sejak Ogos lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya