'Sasaran kita Piala Asia B-23 bukan AFF B-23' - Utusan Malaysia

‘Sasaran kita Piala Asia B-23 bukan AFF B-23’

HAMIDIN MOHD AMIN (baju kuning) pada majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Star Lion Persatuan Bola Sepak Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menaruh harapan tinggi dalam Kejohanan AFF Bawah 23 tahun (B-23) di Kemboja, sebaliknya hanya medan pendedahan kepada pemain yang kebanyakkan mereka terdiri daripada pemain bawah 20 dan 19 tahun.

Di sebalik itu, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd. Amin tetap menuntut komiten pemain bangkit daripada kekalahan kepada Loas bagi membenam pasukan sama dalam aksi esok, sekali gus kembali menghidupkan peluang layak ke separuh akhir kejohanan tersebut.

Katanya, perlu diingat skuad yang dihantar dalam kejohanan tersebut adalah pemain di bawah 20 dan 21 tahun bukan pasukan terbaik.

“Pasukan terbaik kita akan dihantar pada kejohanan Piala Asia B-23 di Uzbekistan nanti. Sasaran kita adalah di Uzbekistan.

“Bagaimanapun, kita harap pasukan bangkit menentang Loas esok. Kita banyak peluang dalam perlawanan kelmarin namun tidak ada rezeki menang.

“Ini adalah skuad pelapis bawah 19, 20 tahun sebagai pendedahan untuk kejohanan ini. Kita tidak meletak apa-apa sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Akademi Bola Sepak Star Lion Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) di padang Kompleks B Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini hari ini.

Malaysia tewas mengejut 1-2 dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kejohanan AFF B23 kepada Laos kelmarin.

Keputusan luar jangka itu menyaksikan skuad bimbingan Brad Maloney menempah laluan sukar untuk mara ke separuh akhir kejohanan.

Skuad kebangsaan tiada pilihan apabila perlu menang pada aksi kedua kumpulan esok untuk mencerahkan peluang ke peringkat separuh akhir.

Saingan Kumpulan B hanya membabitkan Malaysia dan Laos selepas juara bertahan, Indonesia dan Myanmar menarik diri susulan ramai pemain mereka dijangkiti Covid-19.

Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Februari, manakala perlawanan akhir dijadual pada 26 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya