Pan-Gon tentukan sendiri siapa jurulatih yang dimahukan - Utusan Malaysia

Pan-Gon tentukan sendiri siapa jurulatih yang dimahukan

KIM PAN-GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siapa pun jurulatih tempatan yang akan dipanggil untuk membentuk barisan kejurulatihan Harimau Malaya, ia akan dipilih sendiri oleh ketua jurulatih baharu, Kim Pan-gon.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hanya menyediakan senarai beberapa jurulatih tempatan terbaik untuk dipilih oleh pengendali dari Korea itu.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar berkata, senarai nama itu akan dihantar dan diperhalusi oleh Pan-Gon mengikut kriteria yang dimahukan.

“Pan-Gon sendiri yang akan memilih siapa yang dia mahukan sebagai pembantunya dalam skuad kebangsaan nanti.

ZAINAL Abidin Hassan antara nama yang disebut-sebut menerima ‘lamaran’ FAM.

“Dia tidak memberitahu kriteria yang dimahukan tetapi dia mahukan seorang pembantu daripada jurulatih tempatan, jadi kita akan hantar beberapa nama kepadanya sama ada dia mahukan yang berkelulusan tinggi atau mengikut pengalaman dalam sukan bola sepak tanah air.

“Pan-Gon akan membuat pertemuan bersama pembantu tersebut bila dia berada di Malaysia yang dijangka akan tiba pada minggu depan tetapi besar kemungkinan, sebelum itu dia akan memilih dan membuat pertemuan secara atas talian dahulu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, terdapat beberapa nama yang dikaitkan untuk mengisi jawatan itu antaranya jurulatih Terengganu, Nafuzi Zain dan Nidzam Jamil dari Selangor yang dikatakan telah menolak tawaran FAM.

NAFUZI ZAIN

Bekas pengendali Melaka United, Zainal Abidin Hassan, Manzoor Azwira dan E. Elavarasan juga antara yang menjadi sebutan untuk membantu Pan-gon.

Pan-gon, 53, dilantik membimbing skuad negara dengan kontrak dua tahun bagi menggantikan Tan Cheng Hoe yang melepaskan jawatannya Januari lalu susulan kegagalan dalam Piala AFF di Singapura tahun lalu.

Beliau akan turut dibantu empat pegawai dari Korea Selatan bagi membantunya terdiri daripada penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, pembantu teknikal dan penganalisis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya