Anak saya yang berumur 3 tahun pun tahu itu penalti - Utusan Malaysia

Anak saya yang berumur 3 tahun pun tahu itu penalti

FRANK Lampard kecewa Everton tidak dihadiahkan sepakan penalti ketika pasukannya tewas 0-1 kepada Manchester City hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Frank Lampard mendakwa, anaknya yang berusia tiga tahun pun dapat mengesan bola terkena tangan Rodri selepas Everton dinafikan sepakan penalti ketika tewas 0-1 kepada Manchester City pada saat akhir dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Beberapa minit selepas Phil Foden meletakkan pendahulu liga itu di depan pada minit ke-82 di Goodison Park, pemain tengah Sepanyol, Rodri jelas menggunakan tangan untuk mengawal bola di dalam kotak penalti di hujung permainan.

Bagaimanapun selepas merujuk kepada pegawai penjaga video bantuan pengadil (VAR), Chris Kavanagh, pengadil, Paul Tierney tidak memberikan sepakan penalti, sekali gus menyelamatkan City daripada menerima kesan dalam misi mempertahankan kejuaraan.

PHIL Foden meledak gol kemenangan Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Everton di Goodison Park, Liverpool hari ini. – AFP

Everton bertahan dengan baik untuk menghalang City mencatat kemenangan namun keputusan itu menyaksikan mereka kini hanya dibezakan satu mata di atas zon penyingkiran selepas mengumpul 22 mata daripada 24 perlawanan, paling rendah dalam kempen liga mereka sejak 1929-1930.

“Saya ada anak perempuan berusia tiga tahun di rumah yang boleh beritahu anda, itu adalah penalti.

“Ia adalah ketidakcekapan paling teruk, seseorang perlu menjelaskan apa yang yang berlaku,” kata pengurus Everton itu.

Menurut Lampard, dia kekal tenang dan tidak menjerit atau mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil tetapi menuntut penjelasan segera terhadap kontroversi tersebut.

EPL menjelaskan keputusan itu dengan berkata bola tidak mengenai di bawah garisan lengan Rodri atau ‘zon merah’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN