Tiga ahli gabungan Pafa mahu lapor polis terhadap Mohamad Yadzan

Tiga ahli gabungan Pafa mahu lapor polis terhadap Mohamad Yadzan

Mohamad Yadzan Mohamad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Tiga ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) iaitu Persatuan Bolasepak (PB) Daerah Hilir Perak, Bagan Datuk dan Pengkalan Hulu mahu membuat laporan polis terhadap Datuk Mohamad Yadzan Mohamad yang dipilih sebagai Presiden Pafa semalam.

Dalam kenyataannya, tiga ahli gabungan itu mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan oleh Muhammad Yadzan selepas Kongres Pafa Ke-63 semalam, amat mengelirukan.

Menurutnya, kenyataan itu boleh dianggap sebagai satu penipuan fakta yang dibuat demi menjaga kepentingan peribadi dan kedudukan Mohamad Yadzan dan rakan-rakannya dalam Pafa.

“Mohamad Yadzan mendakwa ketiga-tiga PB Daerah berkenaan menyokong kepimpinannya selaku Presiden baharu Pafa.

“Sedangkan ketiga-tiga PB Daerah ini tidak pernah menyatakan sokongan kepada Mohamad Yadzan seperti yang didakwa dan juga tidak menghantar sebarang perwakilan untuk menghadiri Kongres semalam.

“Pengesahan kehadiran perwakilan untuk mewakili daerah perlu dibuat melalui Borang C yang perlu ditandatangani oleh Setiausaha atau Presiden PB daerah yang berkenaan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, PB ketiga-tiga daerah itu juga menganggap pemilihan dalam Kongres semalam tidak sah.

Ini kerana, kata kenyataan itu, mengikut Perlembagaan Pafa menurut ArtikeL 34 Para 2.5 secara jelas menyatakan pencalonan bagi jawatan Presiden perlu mendapat minimum lapan pencalonan dan minimum enam pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden.

“Setiap ahli gabung hanya mempunyai hak untuk satu pencalonan sahaja bagi setiap jawatan yang dipertandingkan yang perlu dibuat menggunakan Borang D.

“Jelas di sini dengan ketiadaan ketiga-tiga PB Daerah ini, maka jumlah pencalonan bagi kedua-dua jawatan berkenaan adalah tidak mencukupi.

“Ini kerana hanya empat daerah sahaja yang menyertai Kongres semalam iaitu PBD Batu Gajah, Kuala Kangsar, Tanjung Malim dan Majlis Sukan India Perak,” katanya.

Ketiga-tiga PB Daerah itu juga menggesa Mohammad Yadzan menunjukkan bukti sekiranya Borang C dan Borang D yang telah ditandatangani oleh Setiausaha atau Presiden ketiga-tiga PB Daerah terbabit wujud.

“Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) sehingga hari ini belum mengeluarkan sebarang keputusan yang mengiktiraf mana-mana pihak untuk menerajui Pafa seperti mana kenyataan media bertarikh 24 Disember lalu.

“Tindakan yang dilakukan oleh tiga Naib Presiden ini secara jelas membelakangi kenyataan PJS kerana pada dasarnya tiada mana-mana pihak yang diiktiraf untuk menerajui Pafa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.