TSG terima tajaan RM9.3 juta - Utusan Malaysia

TSG terima tajaan RM9.3 juta

BARISAN pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dalam majlis memperkenalkan pelumba, penaja dan meraikan kejayaan selaku pasukan Terbaik Jelajah Asia UCI 2021 di Hotel Primula Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Pasukan nombor satu Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) mencipta sejarah menerima tajaan keseluruhan berjumlah RM9.3 juta bagi menghadapi perlumbaan tahun ini.

Pengerusi Belia, Sukan dan Pertubuha Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tajaan berbentuk wang tunai, barangan dan perkhidmatan itu merupakan yang terbesar pernah diterima dalam tempoh sedekad lalu.

Katanya, selain menerima tajaan daripada 18 penaja termasuk kerajaan negeri, pasukan bertaraf benua itu turut menjalin hubungan strategik bersama syarikat penerbangan, Turkish Airlines.

“Penjenamaan semula TSG juga didorong tajaan daripada syarikat pengeluar basikal antarabangsa berpengkalan di Indonesia, Polygon, sebagai penaja utama.

“Tahun ini, misi TSG adalah mengekalkan tempat pertama Asia dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di samping tiga pasukan benua terbaik dalam siri Jelajah Dunia,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Pasukan TSG di sini semalam.

Lapan pelumba tempatan menggalas cabaran TSG diketuai Mohd. Zamri Saleh, Harrif Saleh, Shahrul Mat Amin, Amirull Fakhruddin Mazuki, Afiq Huznie Othman, Irwandie Lakasek, Wan Abdul Rahman Hamdan dan Nur Aiman Mohd. Zariff.

Antara pelumba lain adalah Metkel Eyob (Eritrea), Youcef Reguigui (Algeria), Jeroen Meijers (Belanda), Jambaljamts Sainbayar (Mongolia), Goh Choon Huat (Singapura), Jamal Hibatullah (Indonesia) dan Anatolii Budiak (Ukraine).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Che Ku Mohd. Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, pelumba kelahiran Indonesia dan Ukraine adalah muka baharu TSG bagi menggantikan Martem Ovechkin yang digugurkan.

“Panel kejurulatihan diketuai Jeremy Hunt telah menilai prestasi dua pelumba itu dan kita yakin mereka boleh membantu pasukan terutama di zon pendakian,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.