KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Shahz, 45, mengakui serik bergantung harap kepada rakan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Pemilik nama penuh Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata perkara itu disebabkan dia sudah puas termakan janji kosong yang ditawarkan kawannya sendiri.
“Dulu kita selalu ingat kawan- kawan boleh mengesyorkan projek, pekerjaan atau progam.
“Yang kawan pun berjanji ‘babi pun boleh terbang’, akhirnya haram jadah sahaja,” katanya di Thread.
Adam memaklumkan dia menyerahkan semua urusannya termasuk peluang pekerjaan kepada Allah S.W.T.
“Sekarang, saya betul-betul serah kepada Allah, yang memberi rezeki dan mengizinkan setiap ruang dan peluang atas kehendakNYA. Amin,” katanya lagi.- UTUSAN








