fbpx

19 Januari 2022, 1:00 pm

  TERKINI

Siapa pun ganti Cheng Hoe macam dalam ‘kawah panas’

Tan Cheng Hoe
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Siapa pun bakal menggantikan Tan Cheng Hoe akan berdepan tugas berat kerana masalah terbesar bola sepak Malaysia bukan jurulatih tetapi kekurangan pemain berkualiti, tegas bekas jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan.

Kata Sathianathan dengan kelayakan Piala Asia 2023 ha­nya tinggal enam bulan untuk berlangsung, mana-mana jurulatih yang mengambil alih tugas Cheng Hoe bakal berdepan kesukaran untuk membentuk pasukan terbaik.

Semalam, Cheng Hoe meletak jawatan sebagai jurulatih negara ekoran kegagalan Harimau Malaya pada Piala AFF 2020.

Kata Sathianathan, jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhasrat membawa jurulatih luar, keadaan pasti bertambah sukar, terutama dengan Liga Malaysia belum bermula.

B. SATHIANATHAN

“Melihat kepada keadaan pemain kita yang kurang berkualiti, jurulatih baharu pasti akan me­ngalami kesukaran memandang­kan tempoh masa juga faktor utama yang menambah tekanan.

“Satu tugas berat kalau nak ambil jurulatih luar kerana dia kena pilih pemain dari liga dan liga belum bermula.

“Nak harapkan jurulatih baharu hasilkan pasukan kuat agak susah, kita kena faham ada jurulatih kena diberi masa.

“Walaupun ada jurulatih luar yang bagus di negaranya, belum tentu dia dapat membentuk pa­sukan baik untuk skuad kebangsaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sathianathan yang juga Pe­ngerusi Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) memuji Cheng Hoe kerana keberaniannya mengambil alih jurulatih kebangsaan daripada Nelo Vingada pada Disember 2017.

“Beliau telah buat perubahan drastik terhadap pasukan kebangsaan sepanjang bergelar jurulatih.

“Kita tidak memperoleh apa-apa kemenangan semasa Nelo berkhidmat tetapi selepas Cheng Hoe pegang, beliau membentuk gaya baharu bersama pemain.

“Sebagai seorang jurulatih, Cheng Hoe wajar dipuji atas keberhasilannya membentuk pemain berkualiti memandangkan kita hampir dua tahun kurang didedahkan dengan perlawanan akibat Covid,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI