Shebby komited, setiakawan, jujur - Utusan Malaysia

Shebby komited, setiakawan, jujur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehilangan bekas pemain bola sepak kebangsaan Serbegeth Singh amat dirasai bukan sahaja dalam kalangan dunia sukan khususnya warga bola sepak, malah diratapi pelbagai tokoh yang mempunyai latar belakang berbeza.

Tentu sekali rakan-rakan sepasukannya ketika mendiang beraksi bersama Kuala Lumpur antara individu yang sangat merasai kehilangannya.

Sepanjang bersama Kuala Lumpur, Serbegeth atau lebih mesra dikenali Shebby muncul juara liga 1986, 1987, 1988 dan 1989, juara Piala Malaysia pada 1987, 1988 dan 1989, juara Piala FA pada 1993 dan 1994.

Bekas rakan sepasukannya di Kuala Lumpur dan juga le­genda Singapura, Fandi Ahmad (1986-1989) berkata, perkara pa­ling di­sukai tentang Shebby ialah dorongannya untuk melihat orang lain melakukan lebih baik, menerima kritikan dan seorang yang baik.

“Perwatakan Shebby sangat ceria, sangat jujur dalam memberi pendapat dan peramah. Dia suka bercerita banyak perkara ketika dalam perjalanan kami bermain di tempat lawan.

“Pertahanan yang sangat bagus dan elegan mengatasi pe­nyerang lawan. Saya terkejut ketika mendapat panggilan selepas Maghrib.

“Hari yang sangat menyedih­kan untuk kita semua sebagai bekas rakan sepasukan dan hari yang menyedihkan untuk bola sepak Malaysia. Satu lagi legenda telah meninggalkan kita,” kata Fendi kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, bekas ­kapten Kuala Lumpur, Razip Ismail mengakui Shebby seorang pencerita yang hebat dan individu yang membawanya terjun ke dunia penyiaran.

“Kami sangat rapat di dalam dan luar padang, walaupun jarang berjumpa selepas karier sebagai pemain berakhir tetapi setiap kali bertemu, dia tidak pernah berubah.

“Dialah yang memperkenalkan saya kepada dunia pengulas, ia bersama Astro untuk Liga Perdana Inggeris pada 1997. Dia juga pernah mengambil saya sebagai penolong jurulatih Telekom Me­laka FC bersama Wan Jamak Wan Hassan pada 2007.

“Kita tidak boleh menafikan dia antara yang lantang ketika memberi arahan tetapi pada saya dia berdedikasi dan sangat berpengetahuan kerana dia bukan sekadar pemain, tetapi dia banyak membaca tentang bola sepak, terutama melanggan Majalah Shoot dari United Kingdom,” kongsi Razip.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.