Ronaldo jadi sasaran lepas geram penyokong United - Utusan Malaysia

Ronaldo jadi sasaran lepas geram penyokong United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo yang memakai lilitan kapten buat kali pertama sejak kembali ke Old Trafford menjadi sasaran kemarahan penyokong selepas Manchester United tumbang 0-1 kepada Wolverhampton di Old Trafford awal pagi tadi.

Ini adalah perlawanan pertama Red Devils pada tahun baharu, dan aksi tersebut dikuasai oleh Wolves sebelum pemain veteran, Joao Moutinho meledak gol kemenangan pasukan pelawat pada minit ke-82.

Jaringan itu membolehkan Wolverhampton melakar kemenangan pertama di Old Trafford dalam tempoh 42 tahun, dan memberi kekalahan pertama buat pengurus sementara United, Ralf Rangnick.

ANTARA reaksi penyokong United di Twitter.

Sejurus tamat perlawanan, peminat menggunakan media sosial untuk melepaskan kemarahan kerana kekalahan menyukarkan tugas United untuk menyaingi Arsenal, Tottenham dan West Ham dalam perebutan empat kedudukan terbaik Liga Perdana Inggeris.

Selain menjadikan Ronaldo sasaran kemarahan, penyokong turut mempertikaikan taktik Rangnick.

Malah, tanda pagar #Rangnickout trending di Twitter dengan mereka mahu pengendali kelahiran Jerman itu disingkir hanya sebulan selepas dia menggantikan Ole Gunnar Solskjaer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya