Piala Sultan Azlan Shah kembali hujung tahun ini - Utusan Malaysia

Piala Sultan Azlan Shah kembali hujung tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selepas tidak diadakan tahun lalu akibat pandemik Co­vid-19, peminat hoki tanah air bakal kembali disajikan dengan aksi hoki bertaraf antarabangsa apabila Piala Sultan Azlan Shah (SAS) akan dipertandingkan hujung tahun ini.

“Jika tiada aral melintang Piala Sultan Azlan Shah akan diadakan hujung tahun ini.

“Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh Presiden Konfederasi Hoki Malaysia ( MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

“Kini hanya menunggu titah perkenan daripada Tuanku Sultan Nazrin Shah,” kata Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Mohd Sayuti Abdul Samat.

Sayuti yakin pasukan-pasukan handalan akan menyertai kejohanan itu memandangkan tarikhnya berdekatan dengan penganjuran Piala Dunia di India.

“Saya percaya mereka akan datang kerana biasanya pasukan-pasukan ini menjadikan Piala Azlan sebagai medan memanas badan sebelum ke sesuatu Kejohanan sebenar, “ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya