Perling BC ketua kemaraan 8 pasukan ke pusingan akhir - Utusan Malaysia

Perling BC ketua kemaraan 8 pasukan ke pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persembahan garang Kelab Badminton Perling (Perling BC) pada pusingan pertama badminton Purple League Junior 2021-2022 (ACPLJ) membuahkan hasil apabila mereka berjaya menempah tiket ke pusingan akhir bulan depan.

Wakil Johor itu tidak berdepan masalah untuk melakar dua kemenangan besar 15-0 ke atas Mentakab BC dan 13-4 menumpaskan Seremban City BC, sekali gus mengetuai carta empat pasukan bawah-15 tahun terbaik dengan kutipan mata set 332-163 dalam saingan dua hari di Smazh Premium Outlet, Melaka.

Perling BC akan diiringi Segamat Spiritual BC, Damansara BC dan kelab dari Sarawak, WCBF Sibu yang berjaya menjuarai kumpulan masing-masing.

“Saya berpuas hati melihat pemain beraksi dengan baik tetapi tidak mahu terlalu yakin kerana kami belum berdepan dengan lawan yang lebih hebat dari kami.

“Kami akan terus berlatih bersungguh-sungguh untuk berdepan pasukan yang hebat pada pusingan akhir nanti. Kami perlu mara ke separuh akhir terlebih dahulu sebelum boleh memikirkan untuk ke final,” kata jurulatih Perling BC, Albert Lim.

Beregu campuran Perling BC, Dania Sofea Zaidi dan Tania Nair pula berharap rakan sepasukan yang lain kekal fokus menjelang pusingan akhir.

“Kami berharap dapat mengekalkan momentum dan fokus untuk memberi yang terbaik pada pusingan akhir nanti,” kata Dania Sofea.

Pusingan pertama ACPLJ juga telah menyaksikan empat pasukan terbaik kategori bawah-18 tahun memastikan kemaraan mereka ke pusingan akhir.

Prestasi konsisten yang dipamerkan Ampang Jaya BC memastikan slot mereka di pusingan akhir bersama-sama DSBC Labuan, Damansara BC serta Ayer Keroh Sports Centre (AKSC).

Pusingan kedua ACPLJ akan disambung pada 15-16 Januari di Sixbase Sport Arena, Kampar dan 22-23 Januari di Tops Arena Empire, Cheras.

Empat pasukan terbaik setiap kategori pada setiap pusingan pula akan berentap di pusingan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 19-20 Februari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.