O’Donell tak cadang buat perubahan drastik - Utusan Malaysia

O’Donell tak cadang buat perubahan drastik

SCOTT O'DONELL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Scott O’Donell tidak akan melakukan perubahan drastik dalam masa terdekat kerana perlu berbincang lanjut dengan pengurusan tertinggi.

“Saya rasa belum ada sebarang kecemasan (urgency) sebagai contoh membuat perlawanan persahabatan buat Harimau Malaya dengan mana-mana pasukan luar, buat masa ini.

Beliau berkata, memandangkan pasukan Liga Malaysia (Liga M) sedang menjalankan sesi latihan bagi pembukaan musim tidak lama lagi, adalah tidak wajar untuk merencatkan momentun berkenaan.

“Saya mahu memberi penekanan kepada pendidikan kejurulatihan kerana pihak pembangunan memerlukan pengendali yang berkualiti bagi mengasilkan pemain yang bernilai.

“Saya juga mahu sukan bola sepak di Malaysia melibatkan penglibatan daripada semua pihak terutama kanak-kanak dan remaja,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

O’Donell turut menegaskan, dia tidak berhasrat untuk mengubah sebarang rancangan yang telah disepakati FAM sebelum ini, sebaliknya mahu bertindak sebagai pembimbing dan penasihat jika pihak pengurusan memerlukan khidmatnya.

O’Donell sebelum ini pernah menjadi jurulatih di negara jiran untuk Geylang United pada 2013 hingga 2005, malah turut beraksi bersama dua kelab di Singapura yang lain iaitu Liga-S dan Tampines Rovers.

Pengalamannya bermain dan menjadi jurulatih di rantau Asia Tenggara menjadikan Scott individu paling layak menduduki jawatan berkenaan.

“Scott juga pengajar kejurulatihan di FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), selain pernah berkhidmat di beberapa negara Asia Tenggara seperti Singapura dan Kemboja menjadikannya cukup kenal dengan budaya boal sepak di rantau ini dan mudah menyesuaikan diri,” kata Setiausaha Agung FAM, Mohd. Saifuddin Abu Bakar mengenai pemilihan O’Donell.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya