Neymar anjur parti rahsia di Rio - Utusan Malaysia

Neymar anjur parti rahsia di Rio

NEYMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Bintang Paris Saint-Germain, Neymar menganjurkan parti rahsia selama tiga hari bagi menyambut kedatangan Tahun Baharu 2022.

Penyerang Brazil itu me­ngadakan pertunjukan bunga api, persembahan muzik dan parti kolam renang di kawasan bawah tanah rumah agam miliknya yang bernilai 2.5 juta pound (RM5.64 juta) di Rio de Janeiro.

Parti gilang gemilang itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Neymar, 29, sebelum ini pernah dikritik dan dilabel sebagai ‘kaki parti’ namun tiada sebarang penafian dijawab balas oleh selebriti berkenaan malah dia juga mengakui tidak akan berhenti melakukan ­aktiviti tersebut.

NEYMAR memuatnaik gambar bersama topang kaki ketika menyambut Tahun Baharu 2022 dalam Instagram.

Bagaimanapun dia nampak­nya berusaha keras menyembunyikan parti tiga hari itu daripada diketahui umum.

Akhbar sukan Sepanyol, Mundo Deportivo melaporkan, Neymar mengenakan larangan ketat kepada semua tetamu parti berkenaan untuk memasuki kawasan bawah tanah itu dengan telefon pintar dan kamera.

Begitupun, beberapa gambar daripada acara ber­kenaan nampaknya telah tersebar dan diketahui umum.

Daripada beberapa gambar itu, semua tetamu memakai pakaian berwarna putih yang membawa maksud tuah bagi warga Brazil ketika menyambut acara tahun baharu.

Bukan itu sahaja, terdapat sebuah pentas turut disediakan di kawasan itu, lengkap dengan peralatan muzik, kugiran serta ruang untuk menari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya