Messi tidak akan tinggalkan PSG - Utusan Malaysia

Messi tidak akan tinggalkan PSG

LIONEL Messi tidak akan meninggalkan PSG untuk kembali ke Barcelona biarpun isterinya tidak gembira berada di Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Lionel Messi tidak akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk melakukan kepulangan dramatik kembali ke Barcelona biarpun isterinya, Antonela Roccuzzo tidak begitu menikmati kehidupan di sana.

Dakwaan sesetengah pihak menambah bahawa rakan lama messi, Xavi dan Dani Alves juga cuba meyakinkan pemenang Ballon d’Or tujuh kali itu untuk kembali ke Camp Nou.

Begitupun sumber memberitahu, tiada peluang untuk bintang Argentina itu meninggalkan kelab PSG selepas menyertai gergasi Ligue 1 tersebut pada musim panas lalu.

Messi, 34, belum mencapai tahap yang diharapkannya sejak tiba di di Paris, dengan hanya menyumbangkan satu gol liga dalam musim yang dilanda kecederaan dan Covid-19.

“Kami bercakap setiap hari, kami sentiasa untuk cuba mengelak jangkaan kerana kami adalah pemain dan kami tahu bagaimana kami harus bertindak pada saat-saat itu. kami bercakap tentang perlawanan dan tentang keluarga.

“Dia (messi) memberitahu saya bahawa apabila dia bermain dalam kesejukan, dia sangat menderita dengan salji.

“Dia mesti membiasakan diri dengan cuaca sejuk di sana, pasti,” kata Luis Suarez yang kini bermain bersama Atletico Madrid.

Kontrak Messi di PSG akan berakhir pada tahun 2023 dan dia bercadang untuk menghormati kontrak itu dengan kekal bersama kelab itu dalam tempoh tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya