JAKARTA: Bintang Persija Jakarta yang berasal dari Itali, Marco Motta menekankan makanan yang digoreng tidak baik untuk pemain bola sepak Indonesia.
CNN Indonesia melaporkan, dalam satu temu bual yang dimuat naik Persija di akaun YouTube, Motta mengakui kurang menjaman makanan Indonesia kerana kebanyakan makanan yang dihidangkan adalah bergoreng.
“Sedikit (mencuba makanan Indonesia). Anda tahu kenapa? Kerana saya pemain bola sepak. Saya tidak boleh makan sembarangan. Nasi goreng adalah makanan berat.
“Kerana di sini ramai orang suka makanan yang dihidangkan bergoreng. Dan itu tidak bagus untuk bola sepak,” katanya.
Motta sendiri pemain asing yang pernah mengalami persaingan elit Eropah bersama AS Roma dan Juventus.
Semasa kerjayanya di Itali, Motta menyertai Juventus yang memenangi Serie A pada 2013/2014 dan Piala Super Itali pada 2013.
Motta datang ke Persija pada 2020.
Dalam kedudukan Liga 1 sekarang, Persija berada di kedudukan kelapan dengan kutipan 25 mata.