fbpx

22 Januari 2022, 5:13 pm

  TERKINI

KL mahu buru 3 kemenangan di minggu kedua

KL Thunder muncul juara Sumbangsih selepas menewaskan Bomba Fighters.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas bergelut di awal kejohanan, Kuala Lumpur (KL) Thunder wajib memenangi tiga perlawanan yang bakal ditempoh pada minggu kedua Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 untuk kembali dalam kelompok ­teratas liga.

Turun dengan reputasi juara berganda musim lalu, KL Thunder menduduki tempat keenam ketika ini dengan satu kemena­ngan dan satu kekalahan minggu lalu.

KL Thunder menjuarai Piala Sumbangsih minggu lalu de­ngan menundukkan juara Divisyen 1 2020, Bomba ­Fighters, namun tewas kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Guardians dalam aksi kedua.

“Kita boleh lihat perlawanan menentang Bomba Fighters, walaupun menang tetapi prestasi pasukan perlahan dan bila menentang ATM kita kalah, namun pasukan menunjukkan aksi lebih baik daripada sebelum itu.

KEKALAHAN kepada ATM Guardians dalam aksi kedua menyebabkan Thunder kini di tangga keenam liga.

“Kalau melihat prestasi semasa, pasukan ketika ini dalam keadaan terbaik untuk bermain esok (hari ini). Saya akan menyenaraikan pemain yang betul-betul bersedia.

“Walaupun Penang membawa pemain muda, kita tidak akan mengambil mudah perlawanan kerana mereka mampu menjadi pencabar utama.

“Minggu ini adalah minggu wajib menang buat KL Thunder,” kata jurulatih KL Thunder, Rashidi Nordin.

Selepas berdepan Penang Black Panthers, juara berganda 2020 itu akan berdepan Perak Bison esok, diikuti Selangor Pistons pada Ahad. 

Sementara itu, kapten KL Thunder, Amirul Zazwan mengharapkan pengalaman yang dimiliki rakan-rakan sepasukannya mampu untuk menandingi pemain muda Penang.

“Kita tahu Penang telah menang dua perlawanan sebelum ini tetapi kita juga mahu meraih kemenangan untuk menaikkan moral pasukan ketika ini.

POPULAR

KOSMO! TERKINI