FAM ambil serius pandangan TMJ - Utusan Malaysia

FAM ambil serius pandangan TMJ

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) akan memperhalusi semua pandangan dan pendedahan yang dibuat Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tidak melen­ting dengan pendedahan yang dibuat Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai punca sebenar kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF 2020, Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) sebalik­nya berjanji akan memperhalusi semua isu yang dibangkitkan Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Kelmarin, dalam wawancara bersama Astro Arena, Tunku Ismail mendedahkan beberapa kelemahan yang dilakukan FAM serta ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang menyebabkan Harimau Malaya gagal melakar keputusan baik pada kempen Piala AFF di Singapura tahun lalu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau menghormati dan menghargai pandangan dan cadangan Tunku Ismail dengan kebaikan bola sepak negara menjadi ke­utamaan, malah memandang serius isu isu yang dibangkitkan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

“Saya menjunjung kasih kepada TMJ dan akan meneliti cadangan yang telah dikemukakan baginda selaku mantan ­Presiden FAM berhubung kegagalan skuad kebangsaan.

“Kami mengambil dari sudut positif segala teguran dan cadangan tersebut akan kami perhalusi sebaiknya demi kebaikan semua pihak terutama dalam pengurusan bola sepak negara,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Kelmarin Tunku Ismail me­negaskan bahawa FAM tidak menceritakan perkara sebenar yang berlaku di sebalik kegagalan Harimau Malaya dalam Piala AFF di Singapura, tahun lalu.

Kegagalan FAM dan Cheng Hoe menjelaskan mengapa pemain seperti Matthew Davies, Natxo Insa, La’Vere Corbin-Ong dan Syamer Kutty Abba, yang kesemuanya mengalami kece­deraan tiada dalam skuad menyebabkan beliau dipersalahkan.

Kata Tunku Ismail, beliau juga difahamkan badan induk bola sepak negara itu sepatutnya menghantar skuad bawah 23 tahun (B-23) ke kejohanan tersebut tetapi tidak tahu me­ngapa tiba-tiba pemain senior ­berada di sana.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya