fbpx

City makin gayat terajui liga

KEVIN de Bruyne ledak gol kemenangan Manchester City.

MANCHESTER: Jaringan cantik Kevin de Bruyne pada babak kedua membolehkan Manchester City mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 13 mata selepas menundukkan pencabar rapat, Chelsea 1-0 sebentar tadi.

De Bruyne melakukan rembatan lencong pada minit ke-70 untuk menewaskan Kepa Arrizabalaga, sekali gus membantu City mengumpul 56 mata daripada 22 perlawanan.

Kemenangan di Etihad itu meletakkan City pada kedudukan selesa untuk mempertahankan kejuaraan dengan Liverpool yang akan menentang Brentford esok pula ketinggalan 14 mata tetapi memiliki kelebihan dua perlawanan.

Chelsea turut memperoleh beberapa peluang terbaik, termasuk menerusi Romelu Lukaku pada separuh masa kedua, namun diselamatkan Ederson.

Kemenangan liga ke-12 berturut-turut yang dilakar City bermakna nasib mereka untuk merangkul kejuaraan musim ini kini terletak di tangan sendiri. – AGENSI

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!