Badan Siasatan Bebas mula 'bedah siasat' Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Badan Siasatan Bebas mula ‘bedah siasat’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Dell Akbar Khan bersidang buat kali pertama di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini bagi melakukan bedah siasat laporan prestasi pasukan kebangsaan dalam Piala AFF 2020 di Singapura, bulan lalu.

Antara agenda utama yang dibincangkan dalam mesyuarat sulung itu ialah rujukan badan itu dalam mengumpul dapatan dan menilai laporan prestasi pasukan yang disediakan barisan kejurulatihan dan pengurusan pasukan kebangsaan.

Anggota badan bebas yang hadir terdiri daripada bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Alex Soosay; Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Ahmad Faedzal Md Ramli, bekas Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Isa, bekas instruktur kejurulatihan AFC, Ganasegaran Suberamaniam, bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan dan Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu, Scott O’Donell.

DELL AKBAR KHAN

Pada Jumaat lalu , Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin mengumumkan pelantikan Dell Akbar, bekas pemain kebangsaan yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur sebagai Pengerusi Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya.

Dalam kempen Piala AFF 2020 itu, skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe berjaya mencatat dua kemenangan awal ke atas Kemboja 3-1 dan Laos 4-0.

Bagaimanapun mereka tewas baki dua perlawanan Kumpulan B selepas itu kepada Vietnam 3-0 dan Indonesia 4-1, sekali gus gagal melangkah ke separuh akhir.

Aksi longlai itu, membawa kepada peletakan jawatan Cheng Hoe sebagai ketua jurulatih, minggu lalu meskipun misi utamanya sebelum ini adalah membentuk skuad terbaik menghadapi kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Pengurusan tertinggi skuad Harimau Malaya juga berdepan pelbagai desakan untuk berundur.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya